
MAXIS MENAWARKAN iPHONE 5 DENGAN PELAN PALING MAMPU DIMILIKI DAN PENGALAMAN RANGKAIAN TERBAIK
Pelan iValue yang paling menarik dengan lebih masa berbual, teks dan data, semuanya dengan yuran bulanan yang sama
Pelanggan Maxis akan memanfaatkan pengalaman rangkaian terbaik dengan rangkaian 2G dan 3G yang terpantas dan terluas di negara, dan 4G LTE yang bakal dilancarkan tidak lama lagi
Pelanggan Maxis akan menikmati lebih lagi nilai tambah seperti Visual Voicemail, aplikasi Trafik dan ruang simpanan awan Loker sebanyak 10GB
Ahli-ahli Maxis One Club (MOC) mendapat diskaun yang lebih untuk iPhone 5 bagi pelan iValue 2 ke atas
SIARAN AKHBAR
Untuk siaran segera
Kuala Lumpur, 13 Disember 2012
Maxis Berhad (Maxis), peneraju perkhidmatan komunikasi bersepadu Malaysia, amat bebesar hati untuk menawarkan kepada para pelanggannya iPhone 5 yang setelah sekian lama dinantikan di satu majlis pelancaran khas di CapSquare, Kuala Lumpur. Dengan iPhone 5, pelanggan Maxis dapat menyambung kepada rangkaian 2G dan 3G Maxis yang terpantas dan terluas serta perkhidmatan 4G LTE yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. iPhone 5 boleh didapati di semua Pusat Maxis dan Rakan Niaga Ekslusif Maxis (MEPs) di seluruh negara, bermula dari hari Jumaat, 14 Disember 2012.
Suren J Amarasekera, Ketua Pegawai Operasi Bersama Maxis berkata, Maxis adalah yang pertama untuk membawa iPhone kepada Malaysia tiga tahun yang lalu, dan kami berbangga untuk sekali lagi membawa iPhone 5, yang jelas menggariskan kedudukan kepimpinan kami dalam bekerjasama dengan Apple dalam membawa peranti yang terkenal ini dengan pelan menarik kepada pelanggan kami. Majlis Pelancaran ini juga berbeza daripada pelancaran iPhone sebelum ini, kerana kami telah mengintegrasikan PassbookTM untuk acara hari ini! Ciri inovatif ini telah digunakan untuk kemudahan tambahan dan untuk memudahkan pra-tempahan dan mekanisme pentadbiran.
iPhone yang paling nipis dan ringan, iPhone 5 ini telah diubahsuai untuk memberikan paparan Retina 4-inci terbaru yang menakjubkan; sebuah cip A6 rekaan Apple untuk prestasi yang terpantas; dengan jangka hayat bateri yang dipertingkatkan. Alat peranti ini ditawarkan bersama iOS 6, sistem operasi mudah alih yang paling canggih di dunia dengan 200 fungsi-fungsi terbaru termasuk: aliran foto yang dikongsi, integrasi Facebook, aplikasi terbaru Maps dan organisasi Passbook.
iPhone 5 yang terbaru ini juga memberi pengalaman menyeluruh yang lancar dengan ciri-ciri yang lebih. Kami bukan sahaja menawarkan pelan iValue yang menarik dan dipertingkatkan utuk para pelanggan, tetapi juga aplikasi Maxis eksklusif kami seperti Maxis Traffic, Loker dengan 10GB ruang penyimpanan awan, dan untuk kali pertama, Visual Voicemail, ciri baru yang membolehkan pelanggan kami menguruskan mel suara mereka melalui antara muka (interface) visual yang mudah digunakan, kata Suren.
Untuk iPhone 5, pelan-pelan iValue Maxis telah diperkayakan lagi dengan kuota data yang lebih serta lebih banyak masa berbual dan teks, semuanya dengan yuran bulanan yang sama. Bermula dengan hanya RM50 sebulan, pelan iValue memberikan pelanggan tawaran terendah dan paling mampu dimiliki di pasaran serta pelan ansuran faedah 0%. Pelanggan sedia ada juga dapat menaik taraf kepada pelan baru dengan mudah dan mendapatkan sambungan kontrak pada pelan semasa mereka, menjadikan ia mudah bagi mereka untuk memiliki peranti ini tanpa perlu mendaftar untuk kontrak baru.
Di samping itu, Maxis juga akan memberikan tawaran istimewa bagi ahli Maxis One Club (MOC) dengan diskaun tambahan bagi iPhone 5 mereka jika mereka memilih pelan iValue 2 atau ke atas. MOC adalah keahlian eksklusif yang menawarkan perkhidmatan pelanggan keutamaan, ganjaran khas dan program afiniti. Pelanggan yang telah bersama dengan Maxis (pascabayar) selama lebih setahun dengan komitmen bulanan minimum sebanyak RM150 ke atas akan dinaik taraf secara automatik ke status ahli MOC.
Rangkaian kami yang terpantas dan terluas di negara akan membolehkan kami untuk memberikan pengalaman terbaik kepada para pelanggan dan kekal sebagai pilihan utama bagi pengguna iPhone 5. Bersama-sama dengan ini, peranti ini menawarkan teknologi dan ciri-ciri canggih, dan kami yakin bahawa para pelanggan akan menghargai segala yang tawarkan oleh peranti ini, kata Suren.
Para pelanggan iValue Maxis akan menikmati ciri-ciri nilai tambah seperti:
CIRI-CIRI TERBARU
Visual Voicemail, satu fungsi aplikasi yang menolak peti suara kepada peranti pengguna, membolehkan mereka mendengar pesanan tanpa perlu mendail ke perkhidmatan peti suara.
Aplikasi Trafik Maxis, merupakan WebApp HTML5 penuh Maxis yang pertama yang menyediakan pengguna suapan video secara langsung keadaan trafik semasa di kawasan-kawasan tertentu. Perkhidmatan ini ditawarkan kepada para pelanggan untuk percubaan percuma selama 30 hari.
Ruang simpanan awan Loker percuma sebanyak 10GB untuk membantu menyimpan data sandaran, fail video dan gambar. Perkhidmatan ini adalah percuma untuk semua pelanggan iOS.
CIRI-CIRI YANG DIPERTINGKATKAN
Aplikasi Maxis Rewards yang menyediakan para pelanggan Maxis perkhidmatan-perkhidmatan percuma, keistimewaan, baucar diskaun dan banyak lagi. Ini adalah aplikasi berbekalkan PassbookTM pertama di Malaysia, dan telah dipertingkatkan untuk merangkumi fungsi berasaskan-lokasi yang membolehkan pelanggan dimaklumkan mengenai ganjaran dan kelebihan apabila mereka berdekatan dengan kawasan tersebut.
Muat turun muzik tanpa had percuma dari OneMusic Maxis, perpustakaan muzik digital tempatan yang terbesar di Malaysia. Pelanggan Maxis yang mendaftar kepada pelan-pelan iValue boleh memuat turun pelbagai pilihan lagu-lagu Melayu, Cina dan Tamil secara percuma, untuk tempoh 2 bulan.
Aplikasi perkhidmatan pelanggan Maxis terbaru, satu aplikasi bantu diri bagi para pelanggan Maxis yang membolehkan mereka unt