![](http://www.4rfv.com/images/no_image.jpg)
MAXIS SEBAGAI PENERAJU DALAM MENGHUBUNGKAN KOMUNITI DAN MENINGKATKAN PENGALAMAN PELANGGAN DI SABAH DAN SARAWAK
Maxis melaburkan sebanyak RM122 juta lagi di Sabah dan Sarawak dalam masa 6 bulan akan datang
Liputan rangkaian yang dipertingkatkan dengan menambah tapak 2G dan 3G baru, membolehkan kelajuan rangkaian yang lebih pantas, lantas memberi pengalaman internet mudah alih dan liputan jalur lebar yang lebih pantas
Tapak LTE di Kuching dan Kota Kinabalu akan diaktifkan pada tahun 2013
Memperkaya kehidupan komuniti dengan meluaskan liputan unggul ke kawasan pedalaman
SIARAN AKHBAR
Untuk siaran segera
Kota Kinabalu, 5 Disember 2012
Maxis Berhad (Maxis), peneraju perkhidmatan komunikasi bersepadu terkemuka Malaysia, terus meningkatkan liputan rangkaian di Sabah dan Sarawak untuk memberikan pelanggan pengalaman internet jalur lebar dan mudah alih yang lebih pantas di lebih banyak kawasan di rantau tersebut. Liputan yang lebih baik ini adalah hasil langsung daripada pelaburan berterusan Maxis dalam meningkatkan tapak sedia ada serta tapak baru.
Sepanjang tiga tahun yang lalu, Maxis telah melabur RM297 juta untuk memperingkatkan liputan rangkaian 2G dan 3G di Sabah dan Sarawak. Setakat ini, terdapat 664 tapak 2G (81% liputan penduduk) dan 280 tapak 3G (44% liputan penduduk) di Sabah; dan 624 tapak 2G (76% liputan penduduk) dan 346 tapak 3G (54% liputan penduduk) di Sarawak. Kesemua tapak 3G kini diaktifkan dengan HSPA+ yang menyokong kelajuan rangkaian sehingga 21Mbps, sementara 40% dari tapak 3G mempunyai pembawa duaan HSPA+ yang menyokong kelajuan rangkaian sehingga 42Mbps.
Maxis bakal melaburkan sebanyak RM122 juta lagi di Sabah dan Sarawak dalam masa 6 bulan akan datang. Pelaburan yang besar ini termasuk pelaksanaan 355 tapak Nano dan Femto, 352 tapak 3G yang dipertingkatkan dan 100 tapak WiFi Kampung Tanpa Wayar (KTW) di kedua-dua negeri. Maxis adalah syarikat telekomunikasi yang pertama di Malaysia yang melancarkan femtocell, teknologi yang menyediakan liputan yang dipertingkatkan di rumah dan pejabat. Projek KTW menyediakan jalur lebar dan internet kepada komuniti luar bandar dan bertujuan untuk meningkatkan tahap penembusan jalur lebar di negara serta merapatkan jurang digital di antara rakyat bandar dan luar bandar.
Sebagai pelabur rangkaian terbesar di negara ini, Maxis telah melabur RM3.7 bilion dalam perbelanjaan modal sejak tiga tahun lalu dan hasilnya, kini mempunyai jejak rangkaian sebanyak 95% untuk 2G dan 81% untuk liputan berkelajuan tinggi 3G. Kini, 3,400 daripada 5,200 tapak 3G Maxis mempunyai keupayaan 42Mbps. Di Sabah dan Sarawak, khususnya, kami telah menaiktaraf rangkaian supaya pelanggan boleh menggunakan telefon mudah alih, tablet dan peranti wayarles lain dengan berkeyakinan di lebih banyak lokasi dan menikmati pengalaman jalur lebar mudah alih yang lebih pantas. Kami berharap bahawa usaha kami akan memberi manfaat kepada bukan sahaja individu tetapi juga perniagaan, kerajaan, serta masyarakat di kawasan pedalaman, kata Mark Dioguardi, Ketua Pegawai Operasi Bersama Maxis.
Maxis juga adalah peneraju di dalam melaksanakan teknologi-teknologi canggih di Sabah dan Sarawak untuk memperluaskan liputan ke kawasan terpencil, dengan memanfaatkan satelit MEASAT 5 untuk menghubungkan komuniti luar bandar. Ini termasuk teknologi NanoBTS, yang menggunakan kuasa solar untuk menyokong ladang, bandar pelombongan dan pembalakan yang tiada kuasa elektirk.
Dengan kerjasama SKMM, liputan jalur lebar yang baru dan yang dipertingkatkan di kawasan-kawasan luar bandar sedang dijalankan.. Setakat ini, Maxis telah menyempurnakan 42 Femto di kawasan luar, 11 tapak NanoBTS 3G dan 69 tapak WiFi KTW.
Maxis juga mengendalikan 10 Pusat Jalur Lebar Komuniti (Community Broadband Centres - CBC) di seluruh negara, termasuk lapan di Sarawak dengan 6 lagi CBC baru yang bakal beroperasi menjelang akhir tahun. Pusat-pusat jalur lebar ini menyediakan latihan asas IT kepada komuniti dalam kawasan berkenaan. Setakat ini, dianggarkan sebanyak 200,000 pengguna di kawasan terpencil kini telah dihubungkan melalui telefon dan internet. Di mana mungkin, akses bingkisan berkelajuan tinggi (High Speed Packet Access - HSPA) digunakan untuk menyokong kelajuan rangkaian sehingga 21Mbps dan 42Mbps.
Sebagai peneraju teknologi, Maxis telah beralih dari ujian kecil-kecilan teknologi LTE (Long Term Evolution), dan kini telah menyepadukan LTE di tapak-tapaknya yang dimodenkan.
Kami telah menjalankan ujian kerjasama LTE-DC HSPA+ yang meluas dan pengoptimuman dalam persekitaran rangkaian langsung menggunakan peranti komersial untuk memastikan bahawa pelanggan boleh menikmati pengalaman jalur lebar yang lancar di mana sahaja mereka berada. Maxis adalah syarikat telekomunikasi yang pertama di Malaysia untuk menyempurnakan ujian LTE yang meluas. Sabah dan Sarawak merupakan sasaran pasaran penting bagi Maxis, oleh itu tapak LTE di Kuching dan Kota Kinabalu dijangka akan diaktifkan pada tahun 2013, tambah Mark.
Selain daripada inisiatif peningkatan rangkaian, Maxis sentiasa berusaha untuk menyediakan perkhidmatan lebih nilai kepada pelanggan di Sabah dan Sarawak melalui promosi tempatan, penawaran produk dan perkhidmatan pelanggan yang disasarkan.
Komunikasi mudah alih kini semakin popular berikutan akses internet yang boleh didapati di mana sahaja. Ini memainkan peranan yang besar dalam kehidupan masyarakat bandar dan luar bandar. Selaras dengan ini, kami terus berusaha dalam memahami keperluan pasaran Sabah dan Sarawak, dan ini telah mendorong kami untuk menawarkan lebih banyak produk dan perkhidmatan yang inovatif kepada pelanggan kami di rantau ini. Kami gembira di atas sambutan yang amat positif terutamanya pada tahun ini, kata Suren J Amarasekera, Ketua Pegawai Operasi Bersama Maxis.
Melangkah ke hadapan, Maxis akan terus memperkenalkan kemajuan teknologi t