
INISIATIF MENGHASILKAN PERTUMBUHAN YANG KUKUH, MAXIS MENERAJUI PASARAN DENGAN PERTUMBUHAN HASIL SUKU-KE-SUKU SEBANYAK 4.1%; MENCATATKAN PERTUMBUHAN SEBANYAK RM8,967 JUTA BAGI TAHUN 2012
Mengekalkan Margin EBITDA yang terunggul dalam industri sebanyak 48.6% walaupun melalui persaingan kuat dan inisiatif pasaran yang agresif
Menerajui pasaran dengan 14.1 juta langganan
Hasil bukan suara terus meningkat, menyumbang 45.6% kepada hasil mudah alih
Pembayaran dividen yang kukuh sebanyak 40 sen sesaham membawa kepada RM3 bilion untuk 2012
SIARAN AKHBAR
Untuk siaran segera
Kuala Lumpur, 26 Februari 2013
Maxis Berhad (Maxis), peneraju penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu Malaysia, menyaksikan langkah pasarannya yang agresif menghasilkan prestasi yang kukuh.
Maxis mencatatkan hasil sebanyak RM8,967 juta untuk tahun kewangan berakhir 31 disember 2012, peningkatan 1.9% daripada RM8,800 juta pada tahun 2011 bersandarkan hasil yang lebih tinggi daripada semua segmen perniagaan. Syarikat mengekalkan Margin EBITDA yang terunggul dalam industri sebanyak 48.6%, walaupun persaingan sengit dan inisiatif pasaran yang agresif. Jumlah langganan mencapai 14.1 juta dengan pertumbuhan dalam pasca bayar pada 2 suku yang akhir dan pertumbuhan prabayar pada 3 suku yang akhir.
Dalam 4Q 2012, Maxis menerajui pasaran dengan pertumbuhan hasil suku-ke-suku sebanyak 4.1% dengan hasil bukan-suara meningkat 5.1% serta menyumbang 46.2% kepada hasil mudah alih.
Selaras dengan strategi keseluruhan pelaburan masa depan termasuklah pemodenan rangkaian, Maxis telah membelanjakan sebanyak RM803 juta dalam perbelanjaan modal pada tahun 2012 dan melancarkan perkhidmatan 4G LTE pada 1 januari 2013. Pelaburan tersebut telah menyebabkan susut nilai yang dipercepatkan untuk peralatan rangkaian yang tertentu sebanyak RM125 juta. Ini, bersama-sama dengan aset hapuskira sekali (one-off) yang lain berjumlah RM133 juta, telah mengimpak prestasi Keuntungan Selepas Cukai (PAT) 2012, mengakhiri tahun 2012 dengan RM1,860 juta.
Tidak mengambil kira caj-caj tersebut, PAT 2012 yang telah diselaraskan sebanyak RM2,049 juta adalah lebih rendah berbanding dengan tahun 2011. Di samping itu, PAT tahun lalu juga mendapat manfaat daripada insentif cukai jalur lebar jarak terakhir kumulatif sekali sebanyak RM352 juta.
Perolehan Sebelum Faedah, Cukai, Susutnilai dan Pelunasan (Earnings Before Interest, Tax, Depreciation and Amortisation - EBITDA) adalah stabil pada RM4,359 juta daripada satu tahun lalu.
Sandip Das, Ketua Pegawai Eksekuti Maxis berkata, 2012 merupakan tahun di mana kami yang melaksanakan strategi seimbang untuk mengoptimumkan perniagaan teras di samping melabur untuk masa depan digital. Kami memulakan inisiatif pasaran yang agresif termasuk pelarasan tarif yang kompetitif, nilai untuk tawaran wang, inisiatif kesetiaan eksklusif, dan pengenalan tawaran baru bersegmen. Di samping itu, kamimengukuhkan arah misi kami untuk menjadi pembekal perkhidmatan komunikasi bersepadu yang terkemuka di negara ini. Langkah-langkah ini pasaran diterima baik oleh pelanggan-pelanggan kami, mencapai cengkaman ketara dan membawa keputusan yang positif terutamanya menjelang akhir tahun. Walaupun pasaran kekal kompetitif, kami gembira dengan hasil daripada usaha oleh pasukan Maxis untuk mengekalkan kepimpinan keseluruhan dalam segi pelanggan dan hasil.
Walaupun kami terus menjadi peneraju dalam menyediakan rangkaian 3G terpantas dan terluas di negara ini, kami sentiasa berusaha untuk menyediakan pelanggan kami dengan perkhidmatan yang bertaraf global dan kontemporari. Pelancaran perkhidmatan 4G pertama LTE di Malaysia pada 1 Januari 2013 adalah testimoni terhadap usaha ini. Sepanjang tahun ini, kami juga memperkenalkan pelbagai perkhidmatan inovatif termasuk Loker (awan simpanan peribadi), eBook, applikasi my Healthy Heart dan awan pengkomputeran untuk pelanggan perniagaan.
Dengan perkongsian kami dengan TM serta membina rangkaian kami sendiri, Maxis mempunyai jejak akses jalur lebar yang terbesar di negara ini. Pada tahun ini, kita menjadikan jalur lebar berkelajuan tinggi lebih berpatutan untuk fiber dan produk berasaskan wayarles. Tambahan pula, dengan perkongsian strategik kami dengan Astro, pelanggan kami tidak lama lagi boleh menikmati persembahan kandungan yang kaya bila-bila masa, di mana-mana dengan mana-mana peranti terminal dengan cara yang terbaru.
Ekosistem perkongsian yang kami telah bina menyediakan platform yang kukuh untuk menawarkan perkhidmatan inovatif bagi pelanggan kami pada masa hadapan. Di samping itu, kami terus membenih pasaran dengan peranti pintar, membina asas yang kukuh untuk memacu perkhidmatan data masa depan. Malah, hasil bukan suara menyumbang 45.6% daripada jumlah pendapatan mudah alih kami, di mana 64% datang dari perkhidmatan internet dan data.
Pada Q4 2012, kami mengisytiharkan dividen interim yang keempat sebanyak 8 sen sesaham berjumlah RM600 juta kepada para pemegang saham kami, mengekalkan rekod prestasi pembayaran dividen yang konsisten. Kami juga mengesyorkan untuk kelulusan pemegang saham pada Mesyuarat Agung Tahunan single-tier dividen akhir satu tara dikecualikan cukai sebanyak 8 sen sesaham biasa bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012, menjadikan jumlah pembayaran dividen kepada 40 sen sesaham berjumlah RM3 bilion bagi 2012.
Secara keseluruhannya, kami mempunyai tahun yang kukuh, mencerminkan keupayaan kami sebagai sebuah syarikat untuk mengoptimumkan prestasi kewangan kami dalam perniagaan suara yang matang dan mendahului pasaran dengan terus melabur dengan cermat dalam perkhidmatan digital masa hadapan untuk memperkayakan gaya hidup dan perniagaan pelanggan kami. Kami terus meningkatkan pengalaman pelanggan di semua titik pertemuan (touch points) untuk memberikan pengalaman perkhidmatan yang mempersonakan selaras dengan visi kami.
Inisiatif-