![](http://www.4rfv.com/images/no_image.jpg)
MAXIS TERUS MENDIGITALKAN INDUSTRI PKS DENGAN PELANCARAN BUILT FOR SME SOLUTIONS - LOGISTICS & TRANSPORTATION
Built for SME Solutions untuk industri Logistik & Pengangkutan menyediakan perkhidmatan melangkaui mudah alih dan tetap membantu perniagaan berjalan dengan cekap
Maxis berfokus dalam mendigitalkan pasaran perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui penyelesaian inovatif dan berteknologi, disokong oleh jejak wayar dan tanpa wayar tergabung yang terbesar di negara
Maxis adalah satu-satunya syarikat telekomunikasi di Malaysia yang menawarkan penyelesaian bersepadu untuk PKS dalam sektor Logistik & Pengangkutan
SIARAN AKHBAR
Untuk siaran segera
Kuala Lumpur, 6 November 2012
Peneraju perkhidmatan telekomunikasi bersepadu Malaysia, Maxis Berhad (Maxis), hari ini melancarkan Built for SME Solutions untuk industri logistik dan pengangkutan - satu penyelesaian bersepadu khusus untuk peusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam sektor logistik dan pengangkutan. Produk yang pelbagai ini, yang pertama seumpamanya di negara ini, terdiri daripada rangkaian perkhidmatan yang melangkaui penyelesaian mudah alih serta tetap, yang termasuk Maxis Managed Machine-to-Machine (M2M), Logistics & Warehouse Management System via Maxis Clouds Software-as-a-Service (SaaS) dan Maxis Fixed Line Saver (FLS) with Unity Hotline.
Built for SME - Logistics & Transportation menyediakan PKS logistik dengan penyelesaian yang menyeluruh daripada mudah alih ke aplikasi dan perisian di bawah satu pakej yang direka untuk membantu perniagaan mereka berjalan dengan cekap dan dengan cara yang paling kos efektif. Penyelesaian ini akan memberi manfaat kepada PKS yang peka dengan harga yang memerlukan teknologi komunikasi pada kos pelaburan awal dan penyelenggaraan yang rendah, dan akan membolehkan mereka untuk mengakses perkhidmatan ini melalui pembekal tunggal untuk memenuhi semua keperluan komunikasi mereka. Maxis akan bekerjasama dengan vendor perisian Maytrack Sdn Bhd untuk penyelesaian Maxis Managed M2M dan ProdigyNet Solutions Sdn Bhd untuk Logistics & Warehouse Management System (Sistem Pengurusan Logistik & Gudang).
Fitri Abdullah, Ketua Perkhidmatan Perniagaan Maxis berkata, Pemborongan dan pengangkutan adalah antara 5 industri terutama di dalam negara, dari segi saiz PKS dan perbelanjaan ICT, dan juga dijangka untuk menyaksikan trend pertumbuhan dalam tempoh tiga hingga empat tahun1. Oleh itu, Built for SME Solutions Logistics & Transportation adalah penyelesaian yang tepat pada masanya dan sesuai kerana ia khusus direka bagi PKS untuk menjalankan perniagaan mereka dengan lancar dan meningkatkan produktiviti.
Pelancaran hari ini juga menekankan aspirasi berterusan kami untuk mendigitalkan pasaran PKS dengan menyediakan penyelesaian yang melangkaui perkhidmatan mudah alih dan tetap. Melalui liputan rangkaian wayarles terkemuka kami, digabungkan dengan jangkauan fiber optik kami yang unggul, Maxis mempunyai keupayaan akses berkelajuan tinggi yang terluas dan terpantas di negara ini. Dengan memanfaatkan kekuatan ini, penyelesaian yang menyeluruh kami termasuk pengkomputeran awan kami bersama dengan kerjasama kami dengan penyepadu sistem terkemuka dan vendor perisian dalam industri logistik dan pengangkutan akan membolehkan PKS memberi tumpuan kepada mengembangkan perniagaan mereka sambil bekerja dengan Maxis untuk segala keperluan komunikasi dan IT mereka, tambah Fitri.
Built for SME Solutions Logistics & Transportation adalah pelancaran kedua dalam siri pelancaran vertical dari Maxis untuk pasaran PKS, berikutan pelancaran Built for SME Retail, penyelesaian bersepadu yang pertama di Malaysia bagi PKS runcit, awal tahun ini.
Maxis Managed Machine-to-Machine (M2M)
Penyelesaian Maxis Managed M2M adalah satu-satunya penyelesaian pengurusan flit berasaskan web dan pengurusan sendiri di Malaysia. M2M menawarkan pemilik perniagaan lebih banyak maklumat tentang proses perniagaan mereka, automasi yang lebih untuk menguruskan aset dan meningkatkan produktiviti, dan membolehkan perusahaan untuk menawarkan pelanggan perkhidmatan generasi baru dengan kos yang lebih rendah untuk berkhidmat. Digabungkan dengan rangkaian 2G dan 3G Maxis, rangkaian yang terluas dan terpantas di negara ini, perusahaan boleh memantau kenderaan dan melaksanakan diagnosis jauh pada bila-bila masa dan di mana sahaja mereka berada. Ini menyediakan manfaat seperti peningkatan produktiviti pemandu berdasarkan pengesanan berasaskan lokasi pada bila-bila masa, di mana-mana; pengurangan lebih masa pemandu dibolehkan melalui pemantauan laporan perjalanan; dan pemantauan jauh dipermudahkan melalui pemberitahuan automatik seperti pelanggaran had laju, operasi luar masa, dan lain-lain. Ini juga akan memastikan bahawa PKS mendapatkan penglihatan yang lebih besar di seluruh perniagaan mereka, mengurangkan risiko dan meningkatkan kecekapan keseluruhan.
Logistics & Warehouse Management System via Maxis Clouds Software-as-a-Service (SaaS)
Sistem Pengurusan Logistik & Gudang melalui Perisian-sebagai-satu-Perkhidmatan (SaaS) Maxis Cloud membolehkan PKS untuk menjalankan proses perniagaan bahagian belakang dengan lancar dengan perbelanjaan modal yang terendah manakala menawarkan penglihatan keseluruhan operasi dalam masa sebenar dan meningkatkan kecekapan. Maxis Cloud juga menawarkan pelanggan perisian pengurusan logistik yang menyeluruh dan aplikasi untuk pengangkutan dan penghantaran, serta perkapalan, pengangkutan dan gudang. Selain itu, syarikat-syarikat juga boleh mengurangkan kos pentadbiran melalui tender automatik, penciptaan penghantaran dan proses penyatuan.
Maxis Fixed Line Saver (FLS) with Unity Hotline
Maxis FLS membolehkan PKS untuk menikmati penjimatan yang ditawarkan oleh pelan kadar mudah alih Maxis dengan telefon talian tetap pejabat mereka. Dengan panggilan percuma sehingga 38 jam antara t