
3/14/2013
MODEM WIFI KEDIAMAN 21MBPS MAXIS YANG BARU MENAWARKAN PENGALAMAN INTERNET LEBIH PANTAS DENGAN KEMUDAHAN PASANG DAN GUNA DI SELURUH NEGARA
Maxis menyediakan modem WiFi kediaman 21Mbps dan telefon DECT bernilai RM580 percuma dengan pelan Internet Wayarles Kediaman dari serendah RM99 sebulan
Maxis menawarkan pelbagai pilihan pelan Internet Wayarles Kediaman yang memberi nilai-terbaik-untuk-wang bagi memenuhi keperluan gaya hidup yang pelbagai dari serendah RM59 sebulan, disokong oleh liputan rangkaian 3G yang terpantas dan paling luas di seluruh negara
SIARAN AKHBAR
Untuk siaran segera
Kuala Lumpur, 14 Mac 2013
Hari ini Maxis memperbaharui tawaran sedia ada Internet Wayarles Kediaman dengan menawarkan modem WiFi kediaman 21Mbps yang memberikan pelanggan pengalaman online yang dan dipertingkatkan dan unggul. Dengan kelajuan internet yang lebih pantas, pelanggan akan dapat menikmati penstriman video HD tanpa gangguan, dan memuat naik atau memuat turun fail besar pada kelajuan lebih daripada dua kali ganda dari yang dinikmati sebelum ini.
Modem WiFi kediaman 21Mbps yang baru ini mudah untuk dipasang dengan kemudahan pasang dan guna dan membolehkan beberapa pengguna menggunakan internet secara serentak.
Ebru Dorman, Ketua Kediaman dan Jalur Lebar Maxis berkata, Modem WiFi kediaman 21Mbps, yang boleh didapati secara percuma dengan pakej Internet Wayarles Kediaman Maxis 20GB, 28GB dan 48GB, akan memberi pengguna pengalaman yang benar-benar dipertingkatkan dengan sambungan yang lebih pantas. Cara kita menggunakan maklumat terus berubah seiring dengan kepesatan dalam kemajuan kandungan yang kini semakin mudah didapati dalam format video definisi tinggi dan bukannya lagi melalui laman web. Ini menjadikan kelajuan internet yang pantas, dipercayai dan berpatutan sangat penting dan Maxis bersedia untuk memenuhi keperluan itu.
Pelan Internet Wayarles Kediaman juga menawarkan pelbagai kuota internet dan kadar yang terbaik untuk memenuhi keperluan dan gaya hidup yang berbeza. Dengan liputan rangkaian yang terpantas dan terluas di negara ini, sesiapa sahaja boleh menikmati kelajuan dan kebolehpercayaan rangkaian Maxis, tambah Ebru.
Pengguna sedia ada Internet Wayarles Kediaman yang ingin menikmati pengalaman pengguna yang dipertingkatkan dengan modem WiFi kediaman 21Mbps boleh melawat Pusat Maxis yang terdekat untuk menaik taraf kepada modem terbaru ini, kata Ebru.
Pelan Internet Wayarles Kediaman Maxis yang memberi nilai-terbaik-untuk-wang termasuk pelan 3GB pada hanya RM59 sebulan dan pelan 8GB pada RM79 setiap bulan, yang ditawarkan bersama 100 minit suara percuma dan modem WiFi kediaman 7.2Mbps serta telefon DECT bernilai RM380 percuma. Bagi mereka yang memilih kelajuan yang lebih tinggi dan kuota yang lebih banyak, pelan 20GB pada RM99 sebulan, pelan 28GB pada RM139 sebulan dan pelan 48GB pada RM169 sebulan ditawarkan dengan 200 hingga 300 minit suara percuma dan modem WiFi kediaman 21Mbps serta telefon DECT bernilai RM580 percuma. Peruntukan minit pecuma adalah untuk panggilan ke nombor tetap dan mudah alih di seluruh negara. Panggilan berikutnya dikenakan bayaran pada hanya 10 sen seminit untuk panggilan di seluruh negara. Pelanggan Pascabayar Maxis akan menikmati diskaun sebanyak RM10 setiap bulan bagi pelan 28GB atau 48GB dan masing-masing membayar hanya RM129 sebulan atau RM159 sebulan.
Perkhidmatan Internet Wayarles Kediaman Maxis boleh didapati di seluruh negara dan adalah sebahagian daripada tawaran Perkhidmatan Kediaman, yang menyediakan perkhidmatan internet wayarles dan gentian berkelajuan tinggi. Dengan perkhidmatan Fiber Internet Kediaman, yang kini boleh didapati di 1.3 juta rumah dan pejabat, dan perkhidmatan internet tetap dan wayarles on-the-go dengan 82 peratus liputan penduduk, Maxis menawarkan akses internet yang boleh dipercayai dan pantas kepada lebih 5 juta rumah di Malaysia.
Untuk mendaftar pelan Internet Wayarles Kediaman, pengguna boleh melawat Pusat Maxis terdekat atau kedai Rakan Eksklusif Maxis, atau mendaftarkan minat mereka secara online di maxis.com.my/internet.
- Tamat -
More from Maxis
04/04/2013
4/4/2013
PENYERTAAN BAGI PERTANDINGAN PENULISAN EBOOK MAXIS KINI DISEDIAKAN KEP...
04/04/2013
4/4/2013
SUBMISSIONS FOR MAXIS EBOOK WRITING COMPETITION NOW AVAILABLE TO THE P...
19/03/2013
3/19/2013
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF MAXIS MELEPASKAN JAWATAN
SIARAN AKHBAR
Untuk siaran segera
Kuala Lumpur, 19 Mac 2013
Berikutan pengumuman yang dibuat pa...
19/03/2013
3/19/2013
MAXIS CEO TO RELINQUISH POSITION
MEDIA RELEASE
For immediate release
Kuala Lumpur, 19 March 2013
Following the announcement made on 21 December ...
14/03/2013
3/14/2013
MODEM WIFI KEDIAMAN 21MBPS MAXIS YANG BARU MENAWARKAN PENGALAMAN INTE...
14/03/2013
3/14/2013
MAXIS NEW 21MBPS HOME WIFI MODEM OFFERS FASTER INTERNET EXPERIENCE WI...
08/03/2013
3/8/2013
MAXIS ADALAH SYARIKAT TELEKOMUNIKASI PERTAMA UNTUK MENAWARKAN TELEFON ...
08/03/2013
3/8/2013
MAXIS IS THE FIRST TELCO TO OFFER BLACKBERRY Z10 SMARTPHONE IN MALAYSIA
The new BlackBerry Z10 will be introduced exclusively by Maxis
Maxis conti...
07/03/2013
3/7/2013
UM BEKERJASAMA DENGAN MAXIS UNTUK MENYEDIAKAN PENYAMBUNGAN WIFI SELURUH KAMPUS
SIARAN AKHBAR
Untuk siaran segera
Kuala Lumpur, 7 Mac 2013
Univers...
07/03/2013
3/7/2013
MAXIS PARTNERS WITH UM TO WIFI ENTIRE CAMPUS FOR TOTAL CONNECTIVITY
MEDIA RELEASE
For immediate release
Kuala Lumpur, 7 March 2013
MALAYSIAs prem...
26/02/2013
2/26/2013
INITIATIVES DELIVERING SOLID GROWTH, MAXIS LEADS THE MARKET WITH 4.1%...
21/02/2013
2/21/2013
MAXIS BEKERJASAMA DENGAN AGENSI DIGITAL UNTUK MEMBAWA PERTANDINGAN PE...
21/02/2013
2/21/2013
MAXIS TEAMS UP WITH DIGITAL AGENCY TO BRING MALAYSIAS FIRST EBOOK WRI...
08/02/2013
2/8/2013
MAXIS MEMPERKENALKAN PERANTI 4G LTE YANG PERTAMA
Maxis adalah syarikat telekomunikasi yang pertama di Malaysia untuk melancarkan telefon pintar yang...
08/02/2013
2/8/2013
MAXIS UNVEILS ITS FIRST 4G LTE SMARTPHONES
Maxis is the first Malaysian telco to launch smartphones powered by 4G LTE
These smartphones - the Noki...
07/02/2013
2/7/2013
MAXIS RAIKAN TAHUN BARU CINA DENGAN TAWARAN ISTIMEWA BAGI PELANGGAN
Memperkenalkan Grandfather Stories, satu siri video yang menampilkan perkongsia...
07/02/2013
2/7/2013
MAXIS CELEBRATES CHINESE NEW YEAR WITH SPECIAL OFFERINGS FOR ITS CUSTOMERS
Introduces Grandfather Stories, a video series featuring story sharing ab...
21/12/2012
12/21/2012
MAXIS MENGUMUMKAN PERLANTIKAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF BARU BERKUATKUASA 1 JULAI 2013
SIARAN AKHBAR
Untuk siaran segera
Kuala Lumpur, 21 Disember ...
21/12/2012
12/21/2012
MAXIS ANNOUNCES APPOINTMENT OF NEW CEO EFFECTIVE
1 JULY 2013
MEDIA RELEASE
For immediate release
Kuala Lumpur, 21 December 2012
Maxis Berhad i...
13/12/2012
12/13/2012
MAXIS MENAWARKAN iPHONE 5 DENGAN PELAN PALING MAMPU DIMILIKI DAN PEN...
13/12/2012
12/13/2012
MAXIS OFFERS THE IPHONE 5 WITH THE MOST AFFORDABLE PLANS AND THE BES...
11/12/2012
12/11/2012
MAXIS KINI BERSEDIA UNTUK PELANCARAN 4G LTE
Pertama memberi sambungan perkhidmatan 4G LTE dengan percubaan mesra pengguna kini sedang dilaksanakan ...
11/12/2012
12/11/2012
MAXIS ALL SET FOR 4G LTE LAUNCH
First to connect customers to 4G LTE service with friendly user trials now running with selected customers
Maxis ...
06/12/2012
12/6/2012
MAXIS BERKONGSI KEGEMBIRAAN KRISMAS DENGAN 80 TETAMU KHAS DARI RUMAH-...
06/12/2012
12/6/2012
MAXIS SPREADS CHRISTMAS CHEER TO 80 SPECIAL GUESTS FROM CHARITY HOMES
MEDIA RELEASE
For immediate release
Kuching, 6 December 2012
The spirit of...
06/12/2012
12/6/2012
MAXIS SEBAGAI PENERAJU DALAM MENGHUBUNGKAN KOMUNITI DAN MENINGKATKAN ...
06/12/2012
12/6/2012
MAXIS UNDERLINES ITS LEADERSHIP IN CONNECTING COMMUNITIES AND ENHANCI...
05/12/2012
12/5/2012
MAXIS BERKONGSI KEGEMBIRAAN KRISMAS DENGAN 50 TETAMU KHAS DARI RUMAH-...
05/12/2012
12/5/2012
MAXIS SPREADS CHRISTMAS CHEER TO 50 SPECIAL GUESTS FROM CHARITY HOMES
MEDIA RELEASE
For immediate release
Kota Kinabalu, 5 December 2012
The spi...
05/12/2012
12/5/2012
MAXIS SEBAGAI PENERAJU DALAM MENGHUBUNGKAN KOMUNITI DAN MENINGKATKAN ...
28/11/2012
11/28/2012
MAXIS MEREKODKAN PERTUMBUHAN TAHUNAN 1.9% DENGAN HASIL SEMBILAN BULAN SEBANYAK RM6,661 JUTA DENGAN MARGIN EBITDA TERUNGGUL DALAM INDUSTRI SEBANYAK 4...
28/11/2012
11/28/2012
MAXIS REGISTERS 1.9% YTD GROWTH WITH NINE MONTHS REVENUE AT RM6,661 ...
23/11/2012
11/23/2012
MAXIS BEKERJASAMA DENGAN ASTRO DALAM MENAWARKAN RANCANGAN PERMAINAN ...
23/11/2012
11/23/2012
MAXIS COLLABORATES WITH ASTRO IN MAKING RM1,000,000 MONEY DROP GAME ...
10/11/2012
11/10/2012
MAXIS RAIKAN DEEPAVALI DENGAN TAWARAN MENARIK DAN GANJARAN BAGI PELANGGAN
Diskaun 50% atas semua panggilan IDD ke India pada 12 November dan 13 N...
10/11/2012
11/10/2012
MAXIS CELEBRATES DEEPAVALI WITH ATTRACTIVE OFFERS AND REWARDS FOR ITS CUSTOMERS
50% discount on all IDD calls to India on 12 November and 13 Novem...
06/11/2012
11/6/2012
MAXIS TERUS MENDIGITALKAN INDUSTRI PKS DENGAN PELANCARAN BUILT FOR SM...
06/11/2012
11/6/2012
MAXIS CONTINUES TO DIGITISE SME INDUSTRY WITH LAUNCH OF BUILT FOR SME...
02/11/2012
11/2/2012
MAXIS DEMONSTRATES ITS COMMITMENT TO ENHANCING MALAYSIAS TELECOMMUNIC...
02/11/2012
11/2/2012
MAXIS MEMPERKUKUHKAN KOMITMEN UNTUK MERAPATKAN JURANG DIGITAL DENGAN ...
02/11/2012
11/2/2012
MAXIS REINFORCES COMMITMENT TO BRIDGING THE DIGITAL DIVIDE BY HARNESS...