Ikon Fesyen, Sosialit E' Tarikan Terbaharu Musim Keenam Date Released:15 Oct 2020
Share
Tweet
Media Pack
Di bawah jenama Gempak Original Series', program realiti The House' kini kembali serba baharu menerusi musim yang keenam dengan konsep yang lebih menarik, tampil lebih unik dan kisah yang berbeza. Masih mengekalkan format asal, program The House' musim terbaharu bakal menampilkan kisah Ezurin Khyra, seorang ikon fesyen berpengaruh, sosialit masyhur serta ibu jelita kepada empat putera dan seorang puteri hasil perkahwinan terdahulu bersama kerabat diraja.
Lebih mengagumkan, keperibadiannya sering menjadi rujukan dan idola kepada sebilangan besar pencinta fesyen di negara ini. Ezurin atau lebih dikenali sebagai Princess Ezurin' tidak hanya menjadi sorotan ramai kerana paparan gaya kehidupannya yang tampak serba mewah dan glamor di media sosial, tetapi kekuatan hubungan kekeluargaan di antara Ezurin dan cahaya mata kesayangan beliau, Tunku Amaan Khrya, Tunku Nadya Khyra, Tunku Omaan Khyra, Tunku Imaan Khyra dan Tunku Rmaan Khyra. Demikian juga kehadiran rakan karib Ezurin, Magie Abang Saufi yang merupakan ibu kepada rapper terkenal, Arabyrd juga akan turut ditampilkan.
Para peminat dapat mengenali sendiri karakter sebenar keluarga terkenal ini yang tidak pernah dikongsikan dengan masyarakat umum. Lebih mengujakan, The House' akan membawa Ezurin bersama ahli keluarganya menyahut cabaran untuk keluar dari zon selesa dan menyesuaikan diri dengan kehidupan sederhana. Secara eksklusif, Ezurin juga berkongsi isi hatinya sebagai ibu tunggal kepada umum. Penonton dapat saksikan sisi berbeza Ezurin yang sebenarnya amat mementingkan adab dan nilai-nilai ketimuran dalam membesarkan cahaya mata yang boleh dijadikan sebagai sumber inspirasi dan motivasi.
Info Mengenai Gempak Original Series
Saksikan The House' selama 10 episod di platform televisyen menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) bermula 21 Oktober 2020, setiap hari Rabu, jam 9.00 malam. Gempak sebagai portal rasmi akan membawakan video-video eksklusif menerusi gempak.com/thehouse. Program ini juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Sebelum ini, The House' pernah menampilkan trio adik beradik iaitu Emma Maembong, Cha Cha Maembong & Yaya Maembong untuk menjayakan musim pertama, jutawan kosmetik Dato' Seri Vida (musim kedua), keluarga Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta (musim ketiga), Fattah Amin & Alvin Chong (musim keempat) serta bintang BBNU' daripada program Big Stage iaitu Sarah Suhairi, Sissy Imann & Wani Kayrie (musim kelima).
Syazwan Zakariah, Ketua Content Studio Astro berkata: Memasuki musim keenam tahun ini, jenama The House' sebagai sebuah kandungan hiburan santai alaf baharu membuktikan bahawa pengisian yang diperkenalkan adalah relevan dan menepati cita rasa penonton masa kini. Dengan kadar purata tontonan digital lebih enam juta untuk setiap musim, meletakkan The House' antara program yang paling ditunggu-tunggu. Setiap tahun, The House' akan menampilkan nama-nama popular yang mempunyai pengaruh kuat di media sosial. Menerusi kriteria tersebut, kami tampilkan pula Princess Ezurin' beserta cahaya mata kesayangan dan rakan karibnya Magie yang dilihat mampu melonjakkan nilai komersial program ini. Kami yakin musim ini bakal memikat hati para penonton yang pastinya berasa teruja untuk mengenali keluarga ini dengan lebih dekat. Tambahan pula, ini juga merupakan perkongsian yang tidak pernah ditayangkan di mana-masa platform sebelum ini. Semoga musim ini mampu mengulangi kejayaan musim-musim yang terdahulu sekaligus menetapkan penanda aras baharu kepada kejayaan kandungan digital di platfrom Gempak. Semoga terhibur!
Trivia The House' Musim Ke-6
Lokasi utama penggambaran program realiti The House' telah dijalankan di sekitar Hulu Langat serta mengambil masa lebih kurang 30 hari untuk diselesaikan.
Sebagai penggemar fesyen, Ezurin menukar pakaiannya sebanyak lima hingga enam kali setiap kali waktu penggambaran berlangsung. Setiap look' yang ditampilkan turut mempunyai sentuhan solekan dan gaya rambut yang berbeza. Ezurin turut menyediakan 3 sendiri koleksi busana mewah daripada pelbagai jenama antarabangsa untuk digayakan sepanjang program ini.
Kesemua hiasan dan dekorasi rumah yang dapat dilihat menerusi episod mingguan The House' merupakan citarasa dan idea asal Ezurin menggunakan koleksi peribadi Ezurin sendiri.
Jika diperhatikan, para penonton boleh melihat sisi Ezurin sebagai seorang ibu yang jarang ditonjolkan di laman sosial menerusi cara beliau menghias rumah dan memasak resepi melayu.
Ezurin agak terkejut' apabila pertama kali melihat lokasi rumah yang akan digunakan untuk penggambaran The House'. Namun, beliau cukup sporting' dan memberikan kerjasama yang baik sepanjang penggambaran dijalankan.
Dalam salah sebuah episod, Ezurin dan Maggi bertengkar dan mengalami sedikit salah faham ketika sedang menyelesaikan cabaran memasang khemah. Mungkin kerana tertekan dengan cabaran yang diberikan.
Ketika penggambaran episod terakhir sedang berlangsung, sekumpulan angsa yang tibatiba muncul tanpa dirancang sehingga mengejutkan mereka kecuali Tunku Amaan yang kekal tenang. Gelagat dan aksi spontan mereka juga berjaya dirakam.
Sinopsis The House' Musim Ke-6
Ezurin Khyra, seorang sosialit 'A-list', ibu kepada lima orang cahaya mata yang sangat dikenali dengan gaya hidup glamor dan sering mengembara ke seluruh dunia. Ezurin yang mesra disapa sebagai Princess Ezurin mempunyai personaliti yang sentiasa mencuri tumpuan di mana sahaja dia berada. Pernah mendirikan rumah tangga dengan kerabat diraja, Ezurin sering menghadiri acara fesyen terkemuka di seluruh dunia di samping sibuk menguruskan lima orang cahaya mata. Dalam musim terbar










